000000
X
PALESTIN
Tindakan Malaysia bawa 41 rakyat Palestin untuk mendapatkan rawatan satu tindakan wajar, tolak suara berbaur hasutan
Oleh: Miftahul Khair
19 Ogos 2024 | 4.30 petang
BANGI - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya membawa seramai 127 rakyat Palestin yang menjadi mangsa serangan Tentera Rejim Isr4el ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan dan tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, pada Sabtu lalu. Seramai 41 orang yang memerlukan rawatan dan 86 lagi adalah waris kepada mangsa.

Usaha kerajaan dan ATM mendapat pujian pelbagai pihak termasuk parti pembangkang. Namun tidak dinafikan terdapat segelintir masyarakat yang tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan memberikan rawatan kepada rakyat Palestin.

Malaysia terus kekal dengan pendirian menyokong perjuangan Palestin dalam mendapatkan semula tanah mereka dan memberikan sedaya upaya bantuan kepada mangsa perang di Gaza serta berharap agar sebarang pendapat atau pandangan yang disampaikan tidak berbaur perpecahan mahupun keburukan yang membawa kepada persepsi buruk Malaysia. 

Dalam masa yang sama, Hamas terus berusaha mendapatkan penyelesaian bagi kemelut di Gaza namun sentiasa dilengah-lengahkan oleh negara haram isr4el yang sememangnya berniat untuk menghabisi rakyat Palestin di Gaza.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 15,007,114
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....