000000
X
PALESTIN
Demonstrasi bukan sekadar suara, ia cerminan pendirian rakyat
Oleh: Miftahul Khair
23 Ogos 2024 | 5.45 petang
BANGI - Sehingga ke hari ini, rakyat di seluruh dunia tidak berhenti daripada melaksanakan demonstrasi melaungkan solidariti mereka buat rakyat Palestin dan menuntut pembebasan Palestin. Jika melihat demonstrasi hanya sekadar melaungkan suara, ia pada hakikatnya lebih daripada suara.

Demonstrasi adalah salah satu cerminan kepada pendirian rakyat bahawa mereka membawa isu dan perjuangan bukan sekadar kata-kata, bahkan mereka turun ke lapangan, jalan raya dan dataran, berkumpul beramai-ramai, menyuarakan solidariti dan melaksanakan memorandum untuk diberikan kepada pemerintah untuk bertindak ke atas isu yang dibawa.

Terbaru, aktivis pro-Palestin melaksanakan demonstrasi di Konvensyen Demokratik Kebangsaan (Democratic National Convention) di AS untuk menuntut kerajaan AS menghentikan sokongan kepada negara haram Isr4el yang melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Sebagai rakyat yang memahami erti kemanusiaan, jangan berhenti untuk membicarakan perihal Palestin kepada masyarakat umum dan pastikan kita isi hari-hari kita dengan berita-berita mengenai Palestin.
Kongsi:
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 15,007,127
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....