Sekurang-kurangnya lima penduduk haram Israel cedera pada Isnin selepas roket yang dilancarkan dari Lubnan mengenai kawasan Tel Aviv dan menyebabkan kebakaran, menurut Media Israel.
Tentera Rejim israel melaporkan bahawa mereka telah melaksanakan pemintasan roket-roket yang menyasarkan kawasan Tel Aviv. Akan tetapi, rangkaian penyiaran Channel 12 melaporkan lima orang cedera akibat letupan daripada roket yang dilancarkan dari Lubnan.
Israel Hayom merekodkan bahawa roket tersebut meletupkan bangunan berhampiran pusat beli belah di bandar Ramat Gan, timur Tel Aviv dan menyebabkan kebakawan di tempat itu.
Bagi bahagian tersebut, Channel 12 berkata kebakaran meletus apabila serpihan peluru berpandu pemintas mengenai talian kuasa di Ramat Gan.
Saluran itu melaporkan awal bahawa bunyi amaran dibunyikan di puluhan tempat di sekitar Tel Aviv berikutan roket yang dikenalpasti memasuki ruang udara negara haram Israel.
Sementara itu, akhbar Israel Yedioth Arnoroth melaporkan sebuah roket mengenai sebuah bas di Bnei Brak yang juga di timur Tel Aviv, disusuli penghentian aktiviti pelepasan dan pendaratan di Lapangan Terbang Ben Gurion di timur laut Tel Aviv.
Polis Israel kemudiaannya menyanggah dakwaan Tentera Rejim Israel yang berjaya memintas roket tersebut. Haim Sargerof, Ketua Polis Tel Aviv mengesahkan situasi yang berlaku akibat daripada serangan langsung roket peluru berpandu, bukan daripada bahagian roket pemintas seperti yang didakwa pihak tentera.
Israel telah terlibat dalam peperangan rentas sempadan dengan Lubnan berhubung perang berterusan Tel Aviv di Semenanjung Gaza, melancarkan kempen udara di kawasan utaranya terhadap dakwaan kawasan itu menjadi sasaran Hizbullah pada akhir September.
Lebih daripada 3,500 orang telah terbunuh oleh serangan Israel di Lubnan, dengan hampir 15,000 cedera dan lebih daripada sejuta penduduk kehilangan tempat tinggal sejak Oktober lalu, menurut pihak berkuasa kesihatan Lubnan.
Tel Aviv memperluaskan konflik dengan melancarkan serangan darat ke selatan Lubnan pada 1 Oktober tahun ini. - Anadolu Agency