000000
X
PALESTIN
Israel semakin hilang kredibiliti pertahanan negara selepas gencatan senjata di Lubnan
Oleh: Aman Palestin
10.30 pagi | 27 November 2024
Serangan besar yang dimulakan oleh Israel pada 23 September 2024 membawa implikasi besar dalam struktur sosial dan pertahanan Lubnan. Israel juga tidak terkecuali daripada menerima implikasi akibat daripada perbuatan mereka.

Terbaru, Israel bersetuju untuk gencatan senjata di antara Israel dan Hizbullah (Lubnan) dan berkuat kuasa pada Rabu jam 4 pagi waktu tempatan.

Justin Trudeau, Perdana Menteri Kanada turut mengeluarkan kenyataan mengenai gencatan senjata di antara Israel dengan Lubnan.

"Kanada menyambut baik perjanjian gencatan senjata di antara Israel dengan Lubnan, berkuat kuasa 4.00 pagi waktu tempatan. Tindakan ini adalah satu keperluan terhadap kestabilan dan keselamatan di rantau ini."

Namun, tindakan Netanyahu mempersetujui gencatan senjata dilihat terburu-buru menurut Ketua Pembangkang Israel, Yair Lapid.

Kerajaan Israel telah mempersetujui gencatan senjata dan gagal menjadikan kemenangan tentera kepada pencapaian politik. Sebarang perjanjian tidak akan memadamkan rasa malu ini dan perjanjian mesti dibuat untuk mengembalikan orang yang ditahan dan semua rakyat ke rumah mereka," menurut Yair Lapid.

Sepanjang serangan di antara Israel dengan Hizbullah berlangsung, Israel berhadapan dengan siri serangan luar jangkaan daripada Lubnan, bahkan pada 19 Oktober lalu, dron Hizbullah berjaya menyasarkan rumah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan ia dilihat sebagai satu tindak balas yang lebih tegas daripada Hizbullah dalam menyerang balas serangan yang dilancarkan Israel.

Netanyahu juga berhadapan dengan waran tangkap yang dipersetujui oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas kezaliman yang dia lakukan dan menurut Ketua Dasar Luar EU, Joseph Borell menyatakan bahawa penangkapan Netanyahu bukan bersifat politik tetapi ia merupakan keputusan makhkamah.

Dengan keadaan Netanyahu yang terpalit pendakwaan dan masalah di dalam pentadbiran, ditambah lagi dengan jumlah kerosakan serta kerugian yang dihadapi penduduk haram Israel akibat serangan menyebabkan Netanyahu tidak lagi dilihat sebagai ketua pentadbir negara yang mempunyai kredibiliti dalam pertahanan dan kelangsungan sebuah negara. Bahkan setiap keputusan yang dikeluarkan oleh dia ketika ini pastinya akan memberikan impak yang lebih negatif ke atas negara haram Israel dan seluruh rakyatnya.
Kongsi:
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 15,312,903
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....