000000
X
PALESTIN
Israel mengaku membunuh pemimpin Hamas Ismail Haniyeh
Oleh: Aman Palestin
10.30 pagi | 24 Disember 2024
Israel mengesahkan pada Isnin mereka telah melakukan pembunuhan ke atas pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dan mengeluarkan amaran keras kepada kepimpinan Houthi Yaman, mengancam tindakan serupa.

Menteri Pertahanan Isr4el, Israel Katz memberi komen yang disiarkan di rangkaian awam Isr4el berikutan serangan peluru berpandu Balistik dua hari lalu oleh Houthi Yaman yang gagal dipintas oleh pertahanan Isr4el. Peluru berpandu itu meletupkan Tel Aviv, mencederakan 20 orang dan memusnahkan puluhan apartment, menurut Haaretz.

semalam, Houthi juga mengesahkan bahawa mereka bertanggungjawab dalam serangan dua tapak ketenteraan di tengah dan selatan Isr4el menggunakan dron.

 Selepas meneliti serangan itu, Katz menyatakan, "pada hari ketika Houthi melancarkan peluru berpandu ke erah Isr4el, saya ingin menyampaikan mesej yang jelas: Kami akan melumpuhkan dengan teruk Houthi di Yaman yang kekal sebagai kumpulan terakhir seumpamanya".

Houthi, yang melaungkan solidariti bersama Gaza, yang telah menghadapi perang pembunuhan beramai-ramai Israel sejak 7 Oktober 2023, telah menyasarkan kapal kargo Israel atau yang dikaitkan dengan Tel Aviv di Laut Merah dengan peluru berpandu dan dron, menyatakan keazaman untuk meneruskan operasi sehingga akhir serangan ke atas kawasan itu.

Sejak awal 2024, pakatan yang diketuai oleh AS telah melakukan serangan udara yang dikatakan menyasarkan lokasi Houthi di beberapa bahagian Yaman sebagai tindak balas kepada serangan oleh kumpulan itu di Laut Merah. Serangan balas kadangkala disambut dengan tindakan balas daripada kumpulan itu.

Katz memberi amaran kepada Houthi, dengan berkata: "Kami akan memusnahkan infrastruktur strategik mereka dan menghapuskan pemimpin mereka, sama seperti yang kami lakukan terhadap Ismail Haniyeh, (pemimpin Hamas) Yahya Sinwar dan (Setiausaha Agung Hizbullah) Hassan Nasrallah. Kami akan bertindak di Al Hudaydah dan Sana'a seperti yang kami lakukan di Tehran, Gaza dan Lubnan."

Dalam beberapa siri pembunuhan berprofil tinggi baru-baru ini, Israel membunuh Nasrallah dalam serangan udara pada 27 September di pinggir bandar selatan Beirut, Lubnan. Sinwar dilaporkan terbunuh di bandar Rafah di selatan Gaza pada 17 Oktober, manakala Haniyeh dibunuh pada Julai semasa lawatan ke ibu negara Iran, Tehran.

Saluran media Israel, termasuk Yedioth Ahronoth dan Channel 12, menyatakan bahawa pengakuan Katz mengenai pembunuhan Haniyeh menandakan pengakuan awam pertama mengenai operasi itu oleh seorang pegawai kanan Israel.

Israel telah meneruskan perang pembunuhan beramai-ramai di Gaza yang telah membunuh lebih 45,300 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Bulan lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap untuk Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga menghadapi kes pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas tindakannya di Gaza. - Anadolu Agency
Kongsi:
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 15,325,376
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....